Saturday 15 December 2012

Oh ! Sajak

Sajak adalah salah satu cabang seni yang diminati saya. Tapi untuk mencipta sajak agak kurang pandai. Walau bagaimanapun saya pernah mencipta satu sajak semasa berada di tingkatan 5

SEPI

Saban malam menjelma
Meluputkan segenak cerita
Di kala mentari memaparkan diri
Aku...
Meniti buih sepi
Menghayun buai sunyi
Aku....
Menangis bersama lesu
Ketawa bersama bisu



Hasil Nukilan
azizah '85



Apa pun sebagai seorang guru, sajak Osman Awang yang paling ku minati

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu 
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979




AKTIVITI BERGAMBAR


Pelajar sedang menarikan lagu Ulik Mayang



Persembahan nasyid sempena Majlis Tadarus al-Quran peringkat kelompok Pantai



Permainan alat muzik oleh pelajar bagi mengiringi persembahan nasyid

Kumpulan kompang sekolah



Persembahan kompang mengiringi perasmi mesyuarat Agung PIBG




Persembahan tarian zapin




Friday 14 December 2012

TEORI ASAS MUZIK (2)

MENGENAL NOTASI MUZIK

 Notasi muzik adalah jenis-jenis not yang akan menentukan rentak atau nilai nada lagu yang dimainkan. 




Kalau dipecahkan dalam bentuk gambarajah, not-not ini akan berbentuk seperti pokok. 

 Lihat gambarajah dibawah :



Not Semibrif bersamaan dengan 2 not minim. Maksudnya nilainya adalah bersamaan 2 notminim bagi satu semibrif. Bagi 1 minim pula, nilainya bersamaan dengan 2 not krocet. Not krocet pula mewakili 2 not kuaver dan not kuaver mewakili 2 not semikuaver. Ini bermakna jika mengira nilai not semibrif kepada not krocet, ia mewakili 4 not krocet.







    TEORI ASAS MUZIK

    BALUK



    Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.

    Klef

    Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G).

    Klef Treble
    Klef ditulis pada awal baluk.


    Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel

    Not- not pada ruang


    Not-not pada garisan

    • Not-not padaRuang dan Garisan






    Klef Bes (Bass)


    Klef ditulis pada awal baluk.
    • Klef bass menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F

    Notasi Pada baluk Dalam Klef Bass


    • Not-not pada Ruang.



    • Not-not pada Garisan.




    • Not-not pada Ruang dan Garisan

    ISYARAT TANGAN (CURWEN)



    PENGENALAN

    Isyarat Tangan sebagai bantuan kepada pengajaran dan pembelajaran Nanyian Semerta, adalah berdasarkan idea John Curwen. Sejak itu ianya telah berkembangan melalui banyak penyesuaian dan perubahan. Kegunaannya agak meluas lebih-lebih lagi di Hungary dan dalam sistem-sistem pendidikan muzik di tempat-tempat lain yang menggunakan kaedah Kodaly. Ianya mudah digunakan untuk membantu dalam bacaan skor muzik yang ditulis dalam berbaga-bagai skel seperti skel penta tonik, skel major dan skel minor.


                                   Kodály Solfege Hand Signs


    Thursday 13 December 2012

    DEFINISI

    MUZIK

    Muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dan Persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

    GERAKAN


    Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
    Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
    Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.




    KEPENTINGAN PERGERAKAN

    Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.







    RENTAK TRADISIONAL DAN TARIAN TRADISIONAL



    TARIAN INDANG



    RENTAK DAN TARIAN ZAPIN







    RENTAK DAN TARIAN JOGET



    RENTAK DAN TARIAN INANG





    CARA-CARA BERMAIN ALAT-ALAT MUZIK

    1.CARA BERMAIN  LOCENG

    Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai yang berbentuk separuh bulatan dan biasanya dibuat daripada plastik. memainkan loceng memerlukan cara yang betul untuk dimainkan bermula dengan cara memegang.  Untuk bermain loceng , empat jari hendaklah dimasukkan kedalam gelong loceng dan genggam gelong tersebut.Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri dan ketuk pergelangan tangan kiri dengan menggunakan tangan kanan. Goncangan hasil daripada ketukan itu akan menghasilkan bunyi.

    Cara memegang loceng dengan betul
         




    2. KASTANET

    Kastanet merupakan alat muzik yang dibuat daripada plastik atau kayu.  Alat ini terbahagi kepada dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Bagi memainkan kastanet ialah memasukkan jari tengah ke dalam tali tersebut dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri dan ketuk dengan menggunakan jari kanan.




    3. KAYU TIK TOK

    Kayu tik-tok diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan pengetuk. Biasanya kayu tik-tok dipegang di sebelah kiri dan pengetuknya disebelah kanan. Ia menghasilkan bunyi yang berbeza diantara sebelah kiri dan kanan.





    4. Tamborin

    Tamborin merupakanse buah gelung yang dihasilkan daripada kayu atau plastik. Terdapat juga tamborin yang berbentuk separuh bulatan. Disekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang akan menghasilkan bunyi apabila digoncang.






    5. KERINCING

    Kerincing merupakan alat muzik yang diperbuat daripada besi dan berbentuk tiga segi. Ia mempunyai pengetuk yang dibuat daripada besi juga dan diketuk di bahagian dalam atau bahagian tepi kerincing tersebut.








    Wednesday 12 December 2012

    ALAT-ALAT PERKUSI TANPA MELODI

    Alat-alat perkusi tanpa melodi adalah alat-alat muzik yang tidak mempunyai urutan nada atau pun jangka waktu nada. Alat-alat perkusi ini hanya mempunyai bunyi yang senada dan berbunyi  mengikut cara ia dimainkan. Antara alat-alat perkusi tersebut ialah :-


    DRUM SAMPING

    DRUM TENOR


    KASTANET


    KAYU TIK TOK


    KERINCING







    ALAT-ALAT PERKUSI DENGAN MELODI

    Alat-alat perkusi yang digunakan disekolah-sekolah kebanyakannya alat-alat yang mudah, sama ada mudah digunakan atau mudah dibawa oleh guru dan murid. Antara alat-alat perkusi yang biasa digunakan di sekolah ialah :-

    REKODER

    GITAR
     ( BIASANYA DIGUNAKAN OLEH GURU SAHAJA BAGI MENGIRINGI PELAJAR)


    MELODIAN

    XILOFON







    Tuesday 11 December 2012

    ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL

    Alat-alat muzik Tradisional

    Alat-alat muzik Melayu

    Gamelan


    Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong.  Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu.





    Bonang

    Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.

    Gambang

    Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.

    Kenong

    Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.

    Saron


    Saron terdiri daripada bilah-bilah  yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.

    Gendang


    Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang.


    GONG:
    Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.



























    ALAT-ALAT MUZIK

    Dalam Pendidikan Muzik, alat-alat muzik lebih cenderung disebut alat-alat perkusi yang mana sebelum ini disebut alat-alat genderang. Alat-alat muzik ini boleh dibahagikan kepada beberapa item seperti:-

    1. Alat-alat muzik Moden
    2. Alat-alat muzik Tradisional

    Sementara alat-alat perkusi bagi pendidikan muzik pula boleh dibahagi kepada :-

    1. Alat-alat perkusi tanpa melodi
    2. Alat-alat perkusi dengan melodi

    _____________________________________________________________________

    Alat-alat Muzik Moden

    Ilmu bermain alat muzik moden adalah berasal dari Barat. Seorang pemuzik atau pendengar mungkin tahu setiap aspek  permainan muzik atau moden yang didengarnya adalah kebaratan. Memang tidak dinafikan alat-alat muzik yang ada pada masa ini adalah berasal dari barat. Malah bukan sahaja alat muzik, teori muzik banyak yang difikirkan, dicipta oleh karyawan seni dari Barat.
    Terdapat berbagai bagai jenis alat-alat muzik  moden. Antaranya seperti contoh-contoh gambar di bawah :-

                            

    Gitar Akusti                                             Keyboard



              


    Drum dan Gitar Elektrik                            Piano


                                            

    Accordian                                                           Saksofon















    Saturday 8 December 2012

    LAGU SEKOLAH

    ILMU PANDUAN HIDUP

    SKSM prasarana ilmu
    Melahirkan insan berwawasan
    Budaya penyayang jadi amalan
    untuk hidup lebih cemerlang
        
        Kami belajar penuh iltizam 
         Dengan semangat yang menyala
         berilmu beramal berakhlak mulia
         Menjulang aspirasi negara

    Ilmu panduan hidup
    menjadi asas pegangan
    Nama mu dalam ingatan 
    Jasa guru dikenang

         Kami belajar penuh iltizam 
         Dengan semangat yang menyala
         Berilmu beramal  berakhlak mulia
         Menjulang aspirasi negara

    SK Sinar Mutiara