Thursday, 13 December 2012

CARA-CARA BERMAIN ALAT-ALAT MUZIK

1.CARA BERMAIN  LOCENG

Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai yang berbentuk separuh bulatan dan biasanya dibuat daripada plastik. memainkan loceng memerlukan cara yang betul untuk dimainkan bermula dengan cara memegang.  Untuk bermain loceng , empat jari hendaklah dimasukkan kedalam gelong loceng dan genggam gelong tersebut.Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri dan ketuk pergelangan tangan kiri dengan menggunakan tangan kanan. Goncangan hasil daripada ketukan itu akan menghasilkan bunyi.

Cara memegang loceng dengan betul
     




2. KASTANET

Kastanet merupakan alat muzik yang dibuat daripada plastik atau kayu.  Alat ini terbahagi kepada dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Bagi memainkan kastanet ialah memasukkan jari tengah ke dalam tali tersebut dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri dan ketuk dengan menggunakan jari kanan.




3. KAYU TIK TOK

Kayu tik-tok diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan pengetuk. Biasanya kayu tik-tok dipegang di sebelah kiri dan pengetuknya disebelah kanan. Ia menghasilkan bunyi yang berbeza diantara sebelah kiri dan kanan.





4. Tamborin

Tamborin merupakanse buah gelung yang dihasilkan daripada kayu atau plastik. Terdapat juga tamborin yang berbentuk separuh bulatan. Disekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang akan menghasilkan bunyi apabila digoncang.






5. KERINCING

Kerincing merupakan alat muzik yang diperbuat daripada besi dan berbentuk tiga segi. Ia mempunyai pengetuk yang dibuat daripada besi juga dan diketuk di bahagian dalam atau bahagian tepi kerincing tersebut.








1 comment: