Wednesday, 12 December 2012

ALAT-ALAT PERKUSI TANPA MELODI

Alat-alat perkusi tanpa melodi adalah alat-alat muzik yang tidak mempunyai urutan nada atau pun jangka waktu nada. Alat-alat perkusi ini hanya mempunyai bunyi yang senada dan berbunyi  mengikut cara ia dimainkan. Antara alat-alat perkusi tersebut ialah :-


DRUM SAMPING

DRUM TENOR


KASTANET


KAYU TIK TOK


KERINCING







ALAT-ALAT PERKUSI DENGAN MELODI

Alat-alat perkusi yang digunakan disekolah-sekolah kebanyakannya alat-alat yang mudah, sama ada mudah digunakan atau mudah dibawa oleh guru dan murid. Antara alat-alat perkusi yang biasa digunakan di sekolah ialah :-

REKODER

GITAR
 ( BIASANYA DIGUNAKAN OLEH GURU SAHAJA BAGI MENGIRINGI PELAJAR)


MELODIAN

XILOFON







Tuesday, 11 December 2012

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL

Alat-alat muzik Tradisional

Alat-alat muzik Melayu

Gamelan


Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong.  Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu.





Bonang

Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.

Gambang

Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.

Kenong

Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.

Saron


Saron terdiri daripada bilah-bilah  yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.

Gendang


Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang.


GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.



























ALAT-ALAT MUZIK

Dalam Pendidikan Muzik, alat-alat muzik lebih cenderung disebut alat-alat perkusi yang mana sebelum ini disebut alat-alat genderang. Alat-alat muzik ini boleh dibahagikan kepada beberapa item seperti:-

1. Alat-alat muzik Moden
2. Alat-alat muzik Tradisional

Sementara alat-alat perkusi bagi pendidikan muzik pula boleh dibahagi kepada :-

1. Alat-alat perkusi tanpa melodi
2. Alat-alat perkusi dengan melodi

_____________________________________________________________________

Alat-alat Muzik Moden

Ilmu bermain alat muzik moden adalah berasal dari Barat. Seorang pemuzik atau pendengar mungkin tahu setiap aspek  permainan muzik atau moden yang didengarnya adalah kebaratan. Memang tidak dinafikan alat-alat muzik yang ada pada masa ini adalah berasal dari barat. Malah bukan sahaja alat muzik, teori muzik banyak yang difikirkan, dicipta oleh karyawan seni dari Barat.
Terdapat berbagai bagai jenis alat-alat muzik  moden. Antaranya seperti contoh-contoh gambar di bawah :-

                        

Gitar Akusti                                             Keyboard



          


Drum dan Gitar Elektrik                            Piano


                                        

Accordian                                                           Saksofon















Saturday, 8 December 2012

LAGU SEKOLAH

ILMU PANDUAN HIDUP

SKSM prasarana ilmu
Melahirkan insan berwawasan
Budaya penyayang jadi amalan
untuk hidup lebih cemerlang
    
    Kami belajar penuh iltizam 
     Dengan semangat yang menyala
     berilmu beramal berakhlak mulia
     Menjulang aspirasi negara

Ilmu panduan hidup
menjadi asas pegangan
Nama mu dalam ingatan 
Jasa guru dikenang

     Kami belajar penuh iltizam 
     Dengan semangat yang menyala
     Berilmu beramal  berakhlak mulia
     Menjulang aspirasi negara

SK Sinar Mutiara



Friday, 7 December 2012

KSSR

CONTOH BORANG PENTAKSIRAN TAHUN 2
(MANUAL)




CONTOH BORANG PENTAKSIRAN TAHUN 2
( INDIVIDU )